Salam pembaca-pembaca blog saya yang setia. da lama juga tak buat post ni, gian la plak. hehe.. Idea untuk entry kali ni menerjah ke kotak fikiran saya sewaktu saya sedang layan menunggang motor untuk ke tempat kerja saya. Idea ni muncul setelah sering mengikuti beberapa blog yang terdiri dari rakan-rakan blogger saya.
Blog, satu komuniti. Dalam proses saya belajar tentang blog ni, saya ternampak satu sudut dari blog ni di mana blog merupakan satu komuniti pada kita semua. Komuniti yang bagaimana? Apabila terciptanya satu-satu blog itu, maka wujud lah satu medium perantara atau social link di antara pembaca-pembaca blog dengan penulis blog tersebut. Seperti kita bermasyarakat diluar, kita dapat berkongsi, bercerita, atau apa sahaja di antara satu sama lain, cuma bezanya dengan blog, kita tidak dapat bersua muka.
Bagaimana wujudnya komuniti ini? Dari pemerhatian saya sebagai seorang newbie, Komuniti ini akan terwujud apabila terdapatnya komunikasi di antara pembaca dengan penulis. Seseorang pembaca itu akan berasa senang dengan blog atau pun penulis blog tersebut sekiranya kehadirannya disambut mesra oleh penulis. Disambut mesra bukanlah bermaksud membentang karpet merah untuk si pembaca berjalan di atasnya, tetapi cukuplah dengan membalas setiap komen yang diberikan. Dengan cara itu si pembaca akan berasa seperti kehadirannya dihargai.
itu juga merupakan point untuk membuat si pembaca kembali ke blog tersebut dan seterusnya menyumbang kepada penjanaan pelawat.
Tidak dinafikan banyak blogger-blogger diluar sana yang menyediakan produk atau servis-servis tertentu untuk pelawatnya, mungkin cukup untuk si penulis itu sekiranya si pelawat mendapatkan produk atau servis yang disediakan, bergantung kepada tujuan blog tersebut diwujudkan.
Saya perhatikan blog-blog yang ramai pelawat dengan blog yang kurang pelawat, memang bagus blog yang ramai pelawat itu, tetapi apabila tinggalkan komen, seringkali komen itu mati disitu sahaja, tiada balasan, itu akan membuatkan si pembaca ‘syok’ sendiri. Mungkin juga si pembaca meninggalkan komen hanya untuk mendapatkan pelawat dari blog yang ramai pelawat itu sahaja, komen yang diberikan hanyalah sebagai syarat sahaja untuk meninggalkan alamat URLnya. Situasi ini mungkin tidak begitu penting pada mereka yang mewujudkan blog untuk memasarkan produk, sebaliknya situasi ini mungkin akan merugikan kepada mereka yang sekadar ingin berkongsi idea mereka. Namun, blog itu akan menjadi lebih bermakna jika adanya komunikasi diantara pelawat dengan penulis.
Satu kepuasan akan dirasai jika kehadiran pelawat itu adalah untuk turut berkongsi pendapat dengan kita berbanding kehadirannya hanya untuk menumpang curahan pelawat blog kita. Blog yang tidak ada ramai pelawat itu, mungkin lebih baik dari blog yang ramai pelawat sekiranya blog yang tidak ada ramai pelawat itu terwujud satu komunikasi diantara pembaca dengan penulis.
P/S : Entry ini tidak ditujukan pada siapa-siapa. Sekadar ingin berkongsi apa yang saya fikir.
Jika ada yang terasa dengan entry saya ini, saya memohon maaf terlebih dahulu. Jika anda
saya perlu ditegur, teguran amat dialu-alukan.
Advertisement
Filed under: Uncategorized Tagged: | blogging


Salam Bro Amry,
Wah dah tukar kepada wordpress….bagus bagus…actually wordpress simple jer nak control and manipulate dia…senang nak comment dan banyak plugin dan widget untuk blog Amry nanti.
Banyak themes yang percuma dan menarik yang boleh didownload.Pelan-pelan kayuh…nanti boleh kayu laju-laju takpun naik je kereta…hahahaha- Yang Tersurat Dan Yang Tersirat!!!
Salam Kejayaan
radzuan
http://www.radzuanebiz.com
salam kembali sedara Radzuan..Aduh, sibuk sangat semalam, sampai tak sempat nak balas komen sedara, sempat approve jer… itu la, dapat email sedara tu, saya tak tunggu lama, belek2 internet, ada juga wordpress ni, saya pon daftar je, banyak tak tau g ni, perlu belajar, anyway, terima kasih la tuk suggestion sedara tu…
Amry, nanti saya kasi ebook untuk panduan dasar wordpress – boleh baca sambil praktikkan la ya.
ok, terima kasih ye untuk pemberian saudara, saya hargai…saya tercari2 juga tutorial wordpress tapi tak terjumpa