Ketandusan Idea

Adoi…Macam mana nak buat blog ni? Tak de ideaIdea ada, tapi rasa macam tak mendatangkan faedah je nak post. Merepek-repek jer kang jadinya nanti. Merepek-repek? Merepek-repek pon kalau dipostkan, ok juga… hmm… Saya tengok banyak juga blog-blog kat luar sana tu yang postnya biasa-biasa jer, merepek-repek jugak, apa bezanya?
Beza la, blog kat luar sana, post merepek-repek pon, still dapat komen, traffik mencurah-curah, merepek-repek pon, tetap kualiti, blog ni merepek-repek tahap kerepek dah. huhuhu…

 

Perlu ker ikut orang lain tuk menjadikan blog berkualiti? Orang tu post itu, saya pon post itu, post ini, saya pon ikut, orang citer bab badminton Piala Thomas, saya pon nak buat (tak follow sangat pon). Orang citer bab politik, saya pon nak ikut (padahal tak baper minat politik-politik ni), orang buat tutorial, saya pon nak buat (saya sendiri tak tau nak buat blog, nak buat tutorial, ish!)

 

Kalau dulu mula-mula saya buat blog mungkin, Copy Paste jer, hahaha… Sekarang da tahu Copy Paste ni tak elok, Tuan punya artikel pon marah. Merepek pon merepek lah, asalkan blog saya ni hidup, asalkan tak Copy Paste, hehe… Saya nak jadi diri saya sendiri, buat entry dari idea sendiri, buat apa nak ikut orang. Tak kisah la merepek tahap kerepek pon. Asalkan tak mengganggu orang lain atau sakitkan hati orang lain.

 

Menggangu orang lain? Kat sini saya nak citer pengalaman saya sikit lah. Penah saya buat satu entry ni, entry ni tak la merepek sangat. Tapi entry tersebut telah menyinggung perasaan sesetengah pihak (Entry tersebut bukan dalam blog ni). Entry tersebut telah pon saya buang atas teguran seorang insan. Terima kasih kepada insan tersebut kerana menyedarkan saya. Moral story kat sini, nak buat entry walau tahap kerepek sekali pon jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Ini peringatan untuk anda semua diluar sana, juga peringatan untuk diri saya sendiri. Hari tu saya telah pon mendapat pengajaran baru. Terima kasih sekali lagi kepada insan tersebut.

Eh, da jadi satu entry rupanya. Dalam duk fikir-fikir nak tulis apa, da pon jadi satu entry. hehehe.

P/S : Entry ni bukan untuk tunjuk pandai (belum pandai lagi), sekadar ingin menulis
P/S : Terima kasih kepada saudara Raja Kamil didalam artikel beliau bertajuk Bagaimana Mendapatkan Idea Untuk Menulis Dalam Blog kerana memberi tips kepada saya bagaimana untuk mencari idea dalam membuat entry.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.