Entry ni macam nak kasi tutorial jer kan… Tapi saya bukan lah pandai nak bagi tutorial. Just nak kongsi. Blog pon baru kenal. Usia blog ni pon sebulan jagung (kalau setahun jagung tu lama la juga). Belek-belek komputer dari pagi sampai ke petang, surf sana surf sini terbit pulak idea nak buat post ni… Idea ni terbit setelah baca satu artikel di http://www.kujie2.com/
Jika anda adalah seorang Newbie macam saya tentu anda tertanya-tanya objek apa SEO tu. UFO ker? Waktu mula-mula kenal dunia blog ni saya sendiri tak tau apa itu SEO, tak pernah dengar pon. Tapi pengalaman mengajar saya. Dalam keadaan saya yang terumbang ambing waktu mula-mula buat blog ni, cari info sana, cari info sini baru lah saya tahu apa itu SEO (Tak tau banyak pon, ciput jer yang tahu). SEO (Search Engine Optimization) merupakan satu sistem carian di internet yang meletakkan senarai-senarai URL di enjin carian. Senang citer SEO ni adalah teknik untuk menarik pelawat datang ke website atau blog kita. Banyak cara untuk membuatkan web kita tersenarai dalam enjin carian ni. Ada cara berbayar, ada cara percuma. Ada cara mudah ada cara sukar. (Saya boleh citer jer la…saya pon tak tahu cara nak applikasikannya)
Nak citer panjang bab SEO ni saya sendiri tak tau, dan saya bukan lah orangnya tuk menceritakan tajuk ni. Baru-baru ni saya buka blog lama saya, agak terkejut juga saya bila saya lihat ada visitor-visitor yang datang menjengah ke blog saya tu walaupon tak ramai (saya terkejut sebab saya tak terfikir akan ada visitor lagi ke blog saya tu, da lama terbiar, blog pon kurang memuaskan hati). Apa yang saya buat? Seingat saya, saya hanyalah memberi komen-komen di blog-blog lain dan meninggalkan alamat blog saya, itu sahaja. Tak sangka pula ada juga yang melawat blog saya tu walaupon mereka tidak meninggalkan sebarang komen.
Jadi dari situ saya telah belajar sesuatu, cara untuk mendapatkan pelawat. Tidak mudah juga yer untuk mengaplikasikan teknik SEO ni, kerana ianya memerlukan teknik dan sedikit kepakaran (sedikit ker). Banyak yang kita perlu tahu untuk menguasainya, apalagi buta IT macam saya ni, Alhamdulillah dari saya tak tau langsung sekarang tau la sikit… Sikit jer. Tak banyak.
SEO ni bukanlah teknik yang boleh dikuasai sehari dua. Ianya memerlukan sedikit ilmu dan kesabaran. Terdapat banyak sumber-sumber yang boleh anda dapatkan untuk anda menguasai teknik ni. Saya sendiri sedang berlajar perlahan-lahan tentang teknik SEO ni.
P/S : Entri ni untuk newbie macam saya. Para otai dilarang mengutuk (ngutuk membina tak per la :p )
P/S/S : Bukan nak tunjuk pandai, nak berkongsi jer…
Filed under: Uncategorized


